Sesi Persekolahan | Lebih 2 juta pelajar sekolah menengah hadir bersemuka

2022-04-04 0

Seramai 2,060,997 pelajar sekolah menengah terlibat dalam sesi persekolahan secara bersemuka bermula Isnin.

Ia selepas pelajar ini mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sejak awal sesi persekolahan 2022/2023 bulan lepas.